Assalamualaikum uol,
Pagi-pagi sudah saya gigih buat auto publish nie. Itu pun setelah saya selesai cuci pinggan mangkuk kat dapur tu. Ada kejadian sebalik mencuci piinggan mangkuk nie, periuk blh lak terjun kan atas kaki kiri saya. Terus berhenti membasuh, terus merengek-rengek kat Papa. huhu Seb baik Papa ada, Papa tolong bubuh minyak. Bengkak dia takut saya tgk. :'(
See.. Nampak tak lebam tu, w/pn kecik je lebam tu, sakit dia teramat la sedap uuu... ;(
Camana nak pakai kasut nie.
huhuhu
Oklah, tak pikir pasai kesakitan kaki saya nie. Nak story My projek petang semalam. Ingat tak entry yang nie
Hah.. petang semalam baru saya kelaratan nak buatnye. Tengah Papa busy mengecat ruang tamu, saya membusykan diri membuat "MY MOIST CHOCO CAKE" hehehe.. Mula-mula tu saya buat agar-agar, hope menjadi lah, tapi bila dah berbuka, nak tergelak pun ada.. Rasa cm banyak dah bubuh gula, rupanye tak manis pun agar-agar saya.. huhuhu... Then saya buat kek nie.
Jom tengok gambar (Tahan ye, karang lapor lak tgk gamar makanan heee)
*
*
*
Tadaaaa...
Sorry la kalau presentation tak berapa nak cantik ye.
Lama juga saya tak main masak-masak nie. :)
Bahan A
3 Cawan Tepung Gandum/ Super Fine Flour (saya guna tepung Gandum je, sbb malas nak g 3/4 Cawan Serbuk Koko kedai bhn2 kek)
2 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
2 Sudu Kecil Baking Powder
Bahan B
2 Cawan Gula Kastor
1 Cawan Susu Cair (Saya guna susu HL je)
1 Cawan Buttercup yang dicairkan
1 Cawan Air Panas (Suam)
1 Sudu Besar Emulco (saya gantikan dengan chocolate masakan yg saya cairkan sendiri)
3 Biji Telur
Cara-cara
1) Ayak semua Bahan A, then ketepikan.
2) Kemudian, ambil bekas lain campurkan semua Bahan B dan kacau hingga sebati ye.
3) Ambil Bahan A tadi tu, masukkan ke dalam Bahan B yang telah digaul rata tadi, dan kacau hingga sebati.
4) Masukkan dalam Loyang 8x8 dan bakar dalam Oven dengan suhu 100 Darjah celsius selama 1 jam (Api atas bawah ye)
P/S: Kalau atas masih lembut, tambahkan dalam 10 ke 20 minit.
Topping
Masakkan Chocolate masakan tu, then masuk kan 3 sudu susu segar, 2 sudu Buttercup yang dicairkan dan dalam 3 sudu gula. Gaul hingga sebati and it's ready.
P/S: nak masak topping tu, buat cm stim tu, guna periuk , bubuh air then guna bekas besi yang lain letak atas. Nnt chocolate tu cair dengan cantiknye. ;p Kalau masak terus api stove, takut chocolate tu hangus.
0 comments:
Post a Comment