RinJes

Daisypath Anniversary tickers

Kamilia Nisrina Binti Nor Azrin

Lilypie Kids Birthday tickers

Kaisara Nasuha Binti Nor Azrin

Lilypie Fourth Birthday tickers

Khaleef Umar Bin Nor Azrin

Lilypie Third Birthday tickers

Khadijah Naazneen Binti Nor Azrin

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, March 31, 2011

Alhamdullilah

Posted by Unknown at 11:42 AM 0 comments
Assalamualaikum,

lamanya saya tak updated ruang blog saya nie. seminggu dah outstation, baru ada kesempatan updated blog. Tiada cerita yang ingin dikosongkan. Just nak updated blog yang sudah penuh dengan sarang labah-labah nie hehehe


alhamdullilah semua berjalan dengan lancar and alhamdullilah Allah telah makbulkan doa saya. Harap semuanya sihat sahaja.

Pray for me okay (^_^)V

Sunday, March 27, 2011

Happy Birthday To You

Posted by Unknown at 11:00 PM 0 comments

Happy Birthday to You

Happy Birthday to You


Happy Birthday to You

Happy Birthday to Kak Mona 

Happy Birthday to You





Thanks Mr Google





"HPPY BIRTHDAY KAK MONA, SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI"

Saturday, March 26, 2011

Happie Weekend!!

Posted by Unknown at 11:00 PM 0 comments

Assalamualaikum,

Happy Weekend yer. Cadang g mana weekend ini. Saya tak g mana pun. Have to Go work. 

Settle kerja-kerja yang tak settle. huhu..

Teringin join Kak Mona and Kak mona balik tetapi kerana tugas saya korbankan. huhu 

But Anyway, apa-apa pun kena ceria. Senyum selalu ye... :)



Selamat beristirehat bersama keluarga dan orang tersayang


Wednesday, March 23, 2011

Tak Sihat

Posted by Unknown at 7:45 PM 0 comments

Salam semua.

Hari ini dalam keadaan agak lemah, saya gagahkan diri untuk menghadirkan diri ke pejabat. Tak berapa nak sihattapi still smilling all the way.
Saya still alami sejuk sampai ke tulang. Kenapa la agaknye. huhu

Hope esok will be much better.. hope so..Insya ALLAH :)

Tuesday, March 22, 2011

Tak Sihat

Posted by Unknown at 6:42 PM 0 comments
Assalamualaikum,

Hari ini semua telah berjalan dengan lancar. But tetiba rasa kurang sihat. Dekat ofis hari ini sejuk dia rasa sampai ke tulang. huhu..

2 3 hari dok balik lambat settle kerja dan hari dok hujan then lupa bawa payung padahnye, kena berlari la ke keta. tu pun basah kuyup separuh huhu
Hari ini, jadi cm terbantut nak buat kerja. Dok keluar/masuk toilet sbb kesejukkan. tak tahan. mengigil rasa cm nak demam.
s
Nie 1730 dah terpajak kat depan thumb print. nak balik awal. Sungguh rasa tak larat. 

Need some rest n sleep early tonite.

Saturday, March 19, 2011

Weekend

Posted by Unknown at 11:00 PM 0 comments

Assalamualaikum & Happy Weekend Semua. 


Weekend plan nak g mana. Saya tak balik kampung. Ada sedikit urusan dis weekend. 

huhu.. Then minggu depan most probably( betul ke ejaan nie huhu ) tak balik juga, ofis ada buat jungle tracking bersama Jabatan Hutan.

Teringin nak join sebab lama tak buat adventure activities. Maybe 24.03.2011 ada Friendly Match dengan UNIKL lak tapi saya pun tak tau UNIKL nie kat mana. follow orang je.

Ermmmm nak cerita tentang Friendly Match last Khamis. Huhu boleh tahan la. 
 My Team, walaupun kalah, tapi still can play la. Dalam keadaan tersemput, terkehil semua ada. yela .. lama tak de pratice tetiba terus main game.

Training baru je 2 hari, huhu terror kan.. :) Lagipun yang my team lawak tu, pemain kebangsaan mana tak semput kami semua.  Tak larat nak kejor yong...

Pemain pun cukup-cukup je. ganti-ganti posisi je. Saya seperti biasa la main GD. Tu pun jenuh nak Guide sbb tak larat nak ber larat banyak sangat. First half, saya main GK. tektik saya, tunggu kat tiang je. Memandangkan GS dia suka keluar kawasan D. Tak larat nak kejor.. hahaha

Lepas tu, Nani my new ofismate, kata tak larat main GD. So, saya la jadi GD.. huhuhu sampai pucat la mulut dok belari. huhuhu


Hope game seterusnya tak sesemput game yang ini la. Pemulaan je kot. :) hehe
ok lah. Tak mo story panjang-panjang lebar. 




Selamat beristirehat bersama family yer.



May ALLAH bless YOU.







Wednesday, March 16, 2011

NetBall Via Bowling Pratice

Posted by Unknown at 6:20 PM 0 comments
Assalamulaikum everyone.

Nie Entry Hari Selasa hari tu. huhu Kemalasan nak edit. So, hari nie baru kesampaian nak post kt entry nie..

Pagi nie (16.03.2011) saya dilanda kengantukan yang amat. Jenuh nak celik mata nih huhu
Memandangkan kerja yang sedang menanti, saya gagahkan juga mencelik mata nih..
Ermm bukan apa, semalam after kerja ada netball practice. So, betapa lama dah besara bermain netball.  Lari pun kejap dah semput. Tak Fit langsung.

Semalam latihan ngam-ngam 7 orang je pemain nye. Then, mayb this Thursday ada Friendly Match ngan PTG. Huhu confirm tak mari punye lah. Ye la. Pemain dah ngam-ngam. Simpanan lak tak dak. Pengsan la gamaknye. Huhu

Training semalam so far ok la. Cuba one of our officemate tercedera lak. Dia xcidently terkepak ibu jari kakinya. Dah injured semalam. Huhu cian kat dia.
Malam pulak, ada bowling practice. Dengan keadaan yang penat juga la, join sekali member ofis main bowling. Tapi malam semalam terasa malas sungguh nak bawa bola bowling sendiri. So, saya guna bowling kat situ je la. Huhu
Member yang injured masa main netball pun join jugak. Dia pun gigih main tapi point dia seratus lebih jugak huhu.. saya je yang paling tercorot. Anyway, masa nie. Ayu and Syafiq dari hq pun ada bersama. So, kami luangkan masa bermain bowling.

Habis bowling je, kami lepak kat Dataran. Sampai kul 12lebih. Balik Rumah sampai kul 1lebih... huhu ngantuknye.

Monday, March 14, 2011

Monday oledi

Posted by Unknown at 11:00 PM 0 comments

Assalamualaikum everyone,

Hari Isnin sudah. Hari mulakan kerja dengan Bismillah.

Moga hari ini akan berjalan dengan lancar tanpa gangguan.

 Saya harap semuanya sihat-sihat ye, bagi yang sakit tu, harap get well soon. Jangan lupa makan ubat ye. Antibiotik jangan lupa makan sampai abis tau.

ok lah, nnt updated lain. Harap hari isnin ini diberkati.

Friday, March 11, 2011

Shock??

Posted by Unknown at 6:45 PM 0 comments


huhu.. Majlis Penyerahan Kunci Pejabat saya telah selesai dengan jayanya. Tapi saya tak dak la snap gambar² semasa perasmian tu. Saya juz snap gambar semasa para tetamu menjamu selera dan kawan-kawan ofis.


kita layan gambar dulu yeee
*

*


*



*

*



Jemputan sedang menikmati jamuan petang



 smile kakak-kakakku :)


Smile my Friend..

Yang saya nak stori is...
 
After menjamu selera, Kak mona dan saya bergegas balik ke bilik masing-masing. Still ada kerja yang perlu disettlekan. So, that hari Isnin leh relax sikit. Kalau boleh relax la.
Then, semasa saya submit fail boss kak mona ada. pastu  kak mona handle over satu fail balik kat saya.

Sesampai kat bawah balik, baru saya perasan fail tu tak dak minit lagi. So, saya bagi balik kat kak mona. Nak dijadikan cerita. Boss kak mona tanya soalan cepu emas.

"Nurul (nama saya dipanggil di Ofis Perak) dengan K.U tu baik dengan tuttttt"... kejut saya.... disebabkan saya hari-hari terpaksa menghadap tutttt.... saya dicop baik sangat-sangat dengan tuttttt...

Terus saya jawab " saya ikut arahan tuan, kalau dah arahan suruh saya masuk meeting. Saya ikut la. Saya nak kata apa"
huhuhu ermmmm...... kalau boleh saya pun tak mau masuk meeting nih.. Hari-hari saya kena telan activefast, kepala pening je. huhu 


Anyway, janji saya buat kerja saya. Kalau saya tak buat kerja saya. Nnt Memo lak akan berlambak atas nama saya. Baik SYMP je la.

kalau orang nak marah, dengar saje la..


Annoucement?

Posted by Unknown at 12:36 PM 0 comments


Assalamulaikum semua,

Hari ini dah Jumaat. Wow.. cepatnye dah Jumaat kan. Anyway, hari ini ofis saya ada Majlis Penyerahan Kunci.
ermm so, nak dijadikan cerita. One of kakitangan kitorang buat annoucement. 

Tengah saya gigih menyiapkan kan kerja saya, tegelak dibuatnye.

Sebab announcement dia berbunyi begini " Kepada Semua Pegawai dan Kakitangan yang meletakkan kenderaan anda di tempat letak kereta di bahagian depan Pejabat. Diminta mengubah kenderaan ada ke tempat Letak kereta ke bahagian belakang Pejabat kerana tempat letak kereta bahagian depan akan digunakan untuk jemputan."

Bukan ke perkataan "Alih" lebih afdal digunakan kalau tak silap saya lah. Saya pun BM tak berapa nak terror. tapi perkataan "Ubah " tu macam kita nak ubah keta kita jadi model lain lak. (Kalau gitu saya nak ubah keta jadi BMW hehehe jgn marah ye)

Anyway, bukan nak kutuk or nak salahkan orang tu.. Dalam keadaan tension dan banyak kerja nie, at least ada jugak orang jadi penghibur di Ofice nie. Thank You To the Annoucer tu. Membuatkan saya tersenyum dan tergelak untuk hari ni.. :)

Thursday, March 10, 2011

Rabu dah??

Posted by Unknown at 12:00 AM 0 comments


Salam, hari nie dah rabu. Cepat je masa berlalu. Saya kena Attend meeting jap g pukul 9. 

Hope everthing will be fine. tak melalut dan melarat.. huhu

Kerja pun semakin bertambah. huhu Hari-hari gigih nak settle kerja but still byk jugak. ermmm
Anyway, harap hari ini lebih baik dari semalam.

Apa-apa pun saya harus kekal ceria untuk tak mood down. Kalau down musnah semuanye (edeh edeh)
oraite lah... buat kerja ok..


Wednesday, March 9, 2011

Ralat

Posted by Unknown at 6:10 PM 0 comments
Salam Semua

Hari nie tak de la busy sangat tetapi busy menunggu giliran. ermmm 

Saya tak tau la nak cakap apa, but sekarang macam-macam nak terjadi. Sekarang SYMP lah.

Saya sekarang menunggu keputusan dan arahan selanjutnya.
Jangan je bertukar pikiran sudah. Sat g lain arahannya, sat g lain pulak. Rasa cm nak bawak recorder untuk record semuanya. ermmmm

Apa-apa pun sabar je lah..nothing much to say. 

Beserah je la..huhu

Tuesday, March 8, 2011

Terima Kasih @ Thank You

Posted by Unknown at 5:42 PM 0 comments
Terima Kasih sayang atas hadiah yang diberikan
Walaupun kecil, tapi nilai nya amat besar dan amat bermakna buat saya.

For what i have done to you
You still love me as before

Thank You So much
I am glad I have You to be in My Life.

Thank You To Allah

Thank You My Love.

Mengingati Mati

Posted by Unknown at 4:00 AM 0 comments
I found and I want to share.


MENGINGATI MATI

Muslimin yang dirahmati Allah,
MARILAH kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dalam melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang yang mendapat rahmat Allah Subhanahu Wata'ala di dunia mahupun di akhirat.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah bersifat sementara yang tidak akan kekal selamanya. Setiap yang hidup pasti akan mati, begitu juga kehidupan kita ini pasti akan berakhir dengan kematian dan kita tidak akan dapat lari daripada-Nya. Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala di dalam Surah Al Jumu'ah ayat 8 tafsirnya :

"Katakanlah wahai Muhammad sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan".

Muslimin yang dirahmati Allah,

Apabila nyawa seseorang telah terpisah daripada jasadnya maka tinggallah segala apa yang dimilikinya, tiada anak isteri yang menemaninya lagi, tiada ibu bapa dan ahli keluarga yang mendampinginya lagi dan tiada harta benda untuk dinikmatinya lagi. Jasad yang terbujur kaku akan diurus dan dihantar ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Pada saat itu, terpisahlah ia ke alam lain iaitu alam kubur atau alam barzakh. Tiada apa yang dibawanya sebagai bekal kecuali ibadat dan amal jariah semasa hayatnya di dunia serta doa dari anak-anak yang soleh.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda telah bersabda : Apabila telah mati seseorang itu, akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakannya". (Riwayat Al-Imam Muslim)

Muslimin yang berbahagia,

Mengingati mati itu mempunyai banyak kelebihan dan hikmah, antaranya ialah menjadi peringatan kepada kita supaya tidak terus leka dengan keasyikan hidup di dunia ini. Dengan mengingati mati juga mendidik jiwa kita untuk menjadi orang yang sentiasa merendah diri, tidak lupa diri dan sombong bahkan juga menjadikan kita supaya bijak merancang kehidupan yang sementara ini dengan baik sebelum ajal tiba iaitu berusaha meningkatkan keimanan, ketaqwaan dan ketaatan kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan memperbanyakkan amal ibadat dan berbuat kebajikan serta akan sentiasa memelihara dirinya dari berbuat dosa dan maksiat.

Namun bagaimana pula halnya kepada orang yang tidak ingat kepada mati? Selalunya orang yang tidak ingat kepada mati akan mudah lalai dan leka dari mempersiapkan diri mereka untuk menghadap Allah Subhanahu Wata'ala sehingga ada di antara mereka tidak bersungguh-sungguh melaksanakan perintah Allah Subhanahu Wata'ala malahan ada pula yang berani melanggar perintah Allah Subhanahu Wata'ala dengan sengaja. Mereka menyangka bahawa masa itu masih panjang padahal sebenarnya amat singkat. Mereka menyangka masih sempat untuk bertaubat dan berbuat amal ibadat kemudian hari nanti, padahal belum tentu umurnya panjang. Sedarlah betapa orang yang tidak ingat kepada mati sentiasa berada di dalam kerugian yang amat sangat. Bertaubat dan beribadatlah dengan segera, jangan ditangguh-tangguh kerana kita tidak tahu bila ajal akan tiba, mungkin esok atau mungkin lusa, hanya Allah Subhanahu Wata'ala sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

Muslimin yang berbahagia,

Tidak dapat dinafikan ajal itu kadang-kadang datang secara tiba-tiba, tanpa ada tanda-tanda bahawa maut akan tiba. Kadangkala ia menimpa orang yang sihat dan cergas dan ada juga dari kalangan orang yang masih muda usianya. Walau bagaimanapun terdapat beberapa tanda-tanda untuk mengingatkan manusia dari lalai terhadap kehidupan di dunia ini dan juga sebagai amaran atau pemberitahuan bahawa ajal sudah dekat.

Dalam kitab At-Tazkirah, Al-Imam Al-Qortubi menyebutkan bahawa terdapat sebuah hadis yang menceritakan bahawa sebahagian nabi-nabi pernah bertanya kepada malaikat maut : Mengapa engkau tidak mengirim utusan supaya manusia takut kepada-Mu dan supaya mereka dapat bersiap-siap? Malaikat maut berkata: Ya, demi Allah! Aku mengirim beberapa tanda seperti penyakit, uban, umur tua, berkurangan pendengaran dan penglihatan. Oleh itu barangsiapa yang mendapati perkara-perkara itu dan dia tidak berusaha mengingati mati serta tidak pula bertaubat, maka ketika mencabut nyawanya, aku akan berkata kepadanya : Bukankah aku telah mengutus utusan demi utusan dan amaran demi amaran (berupa seperti penyakit, uban, umur tua, kurang pendengaran dan penglihatan dan sebagainya) kepada kamu? Dan adapun aku ini (malaikat maut) adalah utusan yang tidak ada utusan lain lagi selepas aku. Akulah juga pemberi amaran yang tidak ada pemberi amaran lain lagi selepas aku.

Setiap hari yang padanya terbit dan terbenam matahari, malaikat maut berteriak : Wahai orang-orang yang berusia empat puluh tahun, inilah waktunya menyiapkan bekal, selagi ingatan kamu masih terang dan tenaga kamu masih kuat. Wahai orang-orang yang sudah berumur lima puluh tahun, sudah dekat masa mengutip hasil dan menyabit! Wahai orang-orang yang sudah berumur enam puluh tahun, kamu lupa akan seksa dan lalai daripada memberikan jawapan, nanti tidak ada yang akan menolong kamu!.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya agama Islam menggalakkan umat-Nya sentiasa mengingati mati supaya kesempatan hidup ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya kerana apabila ajal tiba, kita tidak akan berpeluang lagi untuk berbuat apa-apa kecuali penyesalan yang sudah tidak berguna lagi.

Memang tidak dinafikan bahawa manusia itu mudah lalai dan lupa jika tidak selalu diperingatkan, oleh itu sama-samalah kita saling mengingati bagi memanfaatkan peluang yang ada untuk beramal ibadat dan berbuat kebajikan. Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga kita mendapat hasanul khatimah iaitu mati dalam keadaan yang baik dan semoga kehidupan kita di alam barzakh dan di akhirat nanti akan mendapat keampunan dan keredaan serta rahmat daripada Allah Subhanahu Wata'ala juga. Amin Ya Rabbal'alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran ayat 14 tafsirnya :

"Dihiaskan dan dijadikan indah kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak berpikul-pikul dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan ingatlah pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya iaitu syurga".

Keletihan!!

Posted by Unknown at 2:00 AM 0 comments

Assalamualaikum,

Selamat hari Isnin semua. Tiada apa yang menarik just nak share aktiviti yang telah berjalan dengan lancarnya last week.

My Ofice telah menganjurkan Pertandingan menembak antara Jabatan dan Ujian kemahiran Menembak for my Ofice. 

On 25.03.2011, saya telah dilantik menjadi AJK handle Pengiraan markah. FYI, saya bab kira mengira memang failed. Kalau beli barang share pun, kalau kakak-kakakku ask me to count. I lost count already haha.. sebab saya memang lembap bab kira mengira. By the Way, berbalik kepada cerita Program ini. saya nak kata apa kan. So, saya SYMP dan menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada saya.

First day (02.03.2011, Rabu), Seawal 730pagi saya telah berada di Lapangan Sasar PGA Ulu Kinta.

Pada hari tersebut, hanya para pegawai dan kakitangan sahaja yang hadir sesi ini. Tetapi ramai yang tiada kerana tugas luar. Pegawai dari Bahagian Keselamatan ada 3 orang. Dulu saya pernah kerja dibawah Tuan ini. Jadi kita berjumpa lagi.

Yang lagi gugup is I am the first Detail. huhu dah la tak terror, tetapi disebabkan saya handle pengiraan markah so, kami didahulu. huhu

Pertamanya kami menggunakan revolver.38. DuLu semasa di Pusat Latihan, saya memang failed ujian ini.. Saya masih ingat markah saya, 25 sahaja..huhu sebab first time guna. 

Takut beb.

Thanks to Mr Google


Hah nie la gambarnye.. saya tak pandai tenang. Sekarang, saya dh makin improve. Tak takut sangat. (bagi semangat kat diri sendiri huhu) Settle je 20butir next Glock 26mm pula.

 Thanks Mr Google

Nie la rupanye. Saya pun tak menyangka, dalam penggunaan Glock pun saya sudah improve. Yes.. Hope next year pun makin meningkat la ye. 

Nak dijadikan cerita, masa first day nie. Kami pun ada buat tembak piring. Best juga. Walaupun kena berlarii then rekod masa. Tapi saya berasa puas hati sebab saya sudah pandai menenang. FYI, saya berjaya tembak 3 piring.. hehe.. mananye saya sudah pandai tenang.. hehe


Ok, the Second day pula (03.03.2011). Juga seawal 7pagi sudah bertolak ke Lapangan Sasar PGA Ulu Kinta. Hari Ini Pertandingan antara Jabatan.
saya tak kira markah but saya key in markah dalam bentuk Excel dan sorting mengikut markah tertinggi. Senangkan kerja saya.. tapi jenuh juga lah. Click sana, click sana. Yang best dan syoknye walaupun AJK tak ramai, but kerjasama antara kami yang saya memang tabik spring la.

Masing-masing bantu-membantu dan bertungkus lumus menjayakan Program ini. Alhamdulillah, Program ini telah dilaksanakan dengan Sucess.








Isnin Blues

Posted by Unknown at 12:00 AM 0 comments


Salam dan Selamat Hari Isnin,

Alhamdulillah saya masih berada di dunia ini.
Hari ini saya buka kedai. Harap-harap tiada la yang datang. 
Bukan apa, saya tengah gigih nak settle kan kerja saya yang ditinggalkan last two week.
Al Maklumlah. Siapa lah nak gantikan kerja saya. Saya faham dan saya mengerti. :)

Baiklah, diharap hari ini baik-baik saja.

Saturday, March 5, 2011

Block!!

Posted by Unknown at 9:56 PM 0 comments

Assalamualaikum semuanya.
Last two week, dalam keadaan yang sungguh busy. Rupa-rupanya, my Ofice telah Block semuanya.

Thank You Mr Google.

My ofismate semuanya mengeluh menyatakan facebook telah diblock. Hermmm Naseb baik saya tidak lagi menggunakan Facebook jadi tak de la terasa sangat. 
Cuma yang membuatkan saya mati kutu is blog pun diaorang block... ermmm

Tidak dapat la hendak mengupdated blog diwaktu pejabat. Tapi tak mengapa, still can read blog kawan-kawan lain cuma tak dapat hendak view gambar je la & tak boleh nak comment le..

Ini pun saya gigih tulis apa yang hendak ditulis dalam blog dalam Microsoft word then copy & Paste sahaja.


 

It's My Life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea