RinJes

Daisypath Anniversary tickers

Kamilia Nisrina Binti Nor Azrin

Lilypie Kids Birthday tickers

Kaisara Nasuha Binti Nor Azrin

Lilypie Fourth Birthday tickers

Khaleef Umar Bin Nor Azrin

Lilypie Third Birthday tickers

Khadijah Naazneen Binti Nor Azrin

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, August 27, 2011

Kat Kampung suda...

Posted by Unknown at 7:23 PM 0 comments

Selepas Isya smlm, saya dan Papa bertolak balik kampung. Kakak Papa dok habaq jam nak bertolak malam 26 tu. Tapi, saya dah tak sabar nak bercuti. Ye la, nak menghabiskan puasa dengan suasana kampung dan berbuka/ bersahur beramai-ramai. Syok!!

ye la, dok berbuka berdua ja. Bosan gak.hihiks. Anyway, dalam pukul 330pagi td sampai. Saya terus bersahur, lapar sangat rasanya. Macam tak makan nasi semasa berbuka tu. huhu

Pastu, lepas zohor tu saya pun ajak Papa p round-round pekan. Saja. huhu memang tak boleh masuk naik keta. Jam. dah la, ujan lebat serta dengan angin.. sejuk je..

Nie pulak menunggu sat-sat nak berbuka.. ok lah. nie nak bergathering together.. bubbye.. ;p

Friday, August 26, 2011

Kisah Check UP

Posted by Unknown at 6:15 PM 2 comments

Saya cek up sebulan sekali. Sepatutnya date saya cek up on 29.08.2011, disebabkan saya dan Papa balik Kampung. Terus saya ajak Papa p cek up awal.

So, there you go, g klinik payah sikit nak parking coz depan klinik tu ada khemah Bazaar Ramadhan. Jadi sempit. Pastu dalam pukul 1130 sampai klinik, ramai gak patient.  Papa tak mau masuk, dia tunggu dalam keta.

JSo, saya seorang la p masuk. Macam biasa, nurse tu kan suruh saya ambil urine, ambil BP then timbang berat. huhu mula-mula tu saya syok je, sbb nurse kata berat saya naik 5kg. coz before nie naik sekilo je. Mana taknye. Last timbang diaorang tak ambik. ntah-ntah time tu mmg berat saya dh menjangkau 70kg huhu...


Ada ke dia kata, takut baby saya ada problem, terus saya risau je. huhu dup dap dup dap je rasa jantung saya nie. Terus saya roger Papa. Papa kata "hah.. tu la suka makan kentang goreng" huhuhu but that was awal pregency. Sekarang nie mana ada dah makan kentang goreng. Agak-agak sebab suka sangat minum Milo ais kot.. (Ceh alasan)

Dekat 1/2jam gak la menunggu nama kena panggil. Bila jumpa doktor tu, dia tanya ada problem tak. Saya jawab tak de. Terus doktor ajak masuk tempat scan Baby. Baby mcm muka Kakak Kamilia je saya tengok. then masa doktor tgh scan, Baby tgh lena.. dengan nyenyaknya. ermmm... Saya pun tanya la, Baby saya sihat tak. Doktor jawab" nie jantung ok, tulang pun ok.. Alhamdulillah semua ok."

Fuh... lega i.. Risau gak bila yang nurse tu tadi habaq benda yang bertentangan.. huhuhu.. Alhamdulillah baby saya sihat. Then nk RAHSIA dulu jantina baby buleh.. hihik.. surprise utk uol..

Then saya pun ngadu selalu sakit pinggang.. then doktor give me, calsium dan supplement. oraite... kami terus balik.... huhuhu...




Yeay Cuti (^__*)V

Posted by Unknown at 8:52 AM 0 comments

senggeh sampai ke telinga nak habaq, saya sudah start cuti ngeh ngeh ^__* V. Semalam hari last saya bekerja. Nak cerita nie, rasa macam pelik. Mana taknye Isnin ke Rabu, masa buat kerja. Rasa cam slownye time bergerak.

Tau-tau hari nie nak dah nak start cuti. Tu dia, surat untuk distribute ada 6, updated benda lain lagi. aduiiii... mmg macam F1 saya buat kerja semalam. Dah pula Papa ajak p ambik spec awai.. terus saya kata No. Kerja still banyak. takut tak dan settle.
Biasa lah masa cuti nie, sat g ada yang pending kat kita, payah. Takut ada yang mencari kesalahan kita, w/pn sebesar kuman. opsss ngeee...

Ignore pasai kerja. Hari nie saya masih kat Ipoh, sbb Papa pulak kena kerja. Still ada bende urgent kena settlekan. So, saya kat rumah nak layan zzzzzzzzzz hihiks ;p
Then rasa cm nak ajak Papa p klinik for cek up pun ada, sbb appointment this Monday but kan saya dah kat kampung nak cek up cmana kan. so, better p awal kan kan... hermmm.. Harap ada doktor le... hihiks.. Nak cek baby... dah masuk 6 month1w.. 

Pagi tadi dok bergerak je. Kekenyangan kot, yelah kan sahur. Sekarang nie, lena apa. hihiks... sat g tengahari mesti bergerak lg, kot nak minta mamam.. tapi bila kita habaq kat baby kita puasa.. Baby diam sampai saat-saat nak berbuka puasa. Baru baby start alik bergerak-gerak. Macam tau ja, time berbuka nak dekat.. huhu.. cian baby Mama..



Bersabar ye baby, tinggal berapa hari lagi kita nak beraya dengan Kakak Kamilia na... ;p




Wednesday, August 24, 2011

No IDea

Posted by Unknown at 6:01 PM 0 comments


huhuhu since nak cuti raya nie. Otak blank. Tak tau nak tulis apa. Nak story hal yang Balik kampung last week, for sure dah basi dah. Malas lak nak susun ayat nak bercerita huhuhu..

Otak jem giler-giler.. Tambahan pula, kat sini hujan + sejuk air con.. huhu.. jenuh krem otak, badan-badan.. mana tak nye keras cm dalam freezer tu...

huhuhu.. oraite lah.. nak balik umah dulu.. kalau saya rajin saya updated certita le ye...


Selamat berbuka.. >_<

Friday, August 19, 2011

Oh Anak Mama (^__^)V

Posted by Unknown at 10:00 AM 4 comments

Tengah saya dan Papa meratah ketam, anak sulung saya call Handset Papa. Papa buat Loud Speaker tapi Dia nak cakap tp buat malu-malu kucing lak. Anak sulung saya nie, mmg mcm tu. Bila nak ask to buy something, mesti tersipu-sipu. Sabar je la anak Mama nie.

Last-last smlm MIL yang bercakap. MIL bagitau Kamilia nak saya buat cupcakes. Kesian, dia teringin Cupcake yang Mama dia buat.

Alahai sayang, anything for. Esok juga Mama g beli bahan n make it for you. Lagipun, memang Mama pun rindu sangat kat sayang. Petang esok Mama bawak bawak balik cupcake ye.

Bukan apa, kat kampung dont have oven. Susah sikit. So, buat siap-siap la. Esok Lunch hour g beli barang sikit then petang tu boleh bawah terus balik kampung.


tak sabar nak jumpa dan tengok reaksi Anak Mama dpt Kek.


**teringat last month balik, dialog bersama Kamilia

Mama: adeq, nak beli apa lagi
Adeq: adeq, nak beli susu, roti Harimau (Biskut Tiger) & ais cream
Papa: lagi, adeq nak beli apa lagi. Cukup ka? (saja Papa Pancing dia)
Adeq: Cukuplah, nnt ringgit tak cukup

huhu pandai anak Mama nie. Saya n Papa tersenyum je dgr dia jawab.



>_<







Ngidam ketam...

Posted by Unknown at 8:00 AM 0 comments

Kisah semalam,seperti hari-hari biasa, ofis sejuk sekali seh. Sampai saya pun kena flu tapi di ofis je pun. Cmana nak tgal kat Oversea nie, kalau kat ofis pun tak kan sejuk. hermmm

Anyway, semalam saya terlebih rajin. Saya kemas kini failing, kemas tempat saya yang selalu dalam keadaan kelam kabut. Memang saya non stop buat kerja. Then masa lunch hour, dont noe nak buat apa, saya blogwalking. Sedar-sedar lenguh pingang lak.huhu

Tengah gigih buat kerja tu, Papa kol says nak beli ketam. Wah, saya kena masak le gamaknye petang semalam. So, saya pun gigih la, cari resipi yang teringin saya nak rasa. Nak tau, dan dan tu saya terus rasa lapaq. Baby pun, menendang-nendang. Sabar ye baby. huhu Mama pun dah start lapaq.

Dalam pukul 4 cam tu, Papa kol suh balik awal, nak ajak beli stove baru. Ye la stove kat rumah tu sebelah kanan tu dah rosak, saya dan Papa try cuci pun tak boleh. Abis rentung cm arang kuali-kuali saya.

Then sharp 530 saya balik, ambik Papa kat rumah. Terus g Kedai yang selalu menjadi tempat kami membeli elektrikal. Dah biasa kat kedai nie, sebab bila arrived kat situ. Owner kedai kenai dah kami, terus leh dapat discount. Itu yang syok nye.

Settle beli stove baru, kami singgah la kedai tu buy some stuff nak masak ketam. Ok lah enough story mory. 

Jom kita tgk hasil masakan saya.. 


*
*




*










Nyum nyum sedapnye (hihiks angkat bakul sendiri lagik) 
Saya sampai bekali-kali tambah. Rasa cm lamanye tak makan ketam.. ciannya..


Ok,resipi nie saya ambik kat My Resipi.com. (Tq coz resipi yang marvelous)



Meh saya kongsikan to You.. 



KETAM MASAK LADA HITAM

BAHAN-BAHAN
'
2 ekor ketam - sederhana besar 
(tapi Papa beli sekilo rasanye yang saiz kecik (ketam bunga)

10 ulas Bawang Putih
5 ulas Bawang merah
Halia sebesar ibu jari 
2 tangkai Chili merah
4 biji Chili padi
2 sudu Besar Sos Lada Hitam
2 sudu Besar Kicap Cair dan Kicap Pekat
1 sudu Besar Serbuk Lada Hitam
2 Biji telur - Pukul sedikit
Garam & sedikit Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MENYEDIAKAN

1) Rebuskan ketam hingga masak, toskan dan ketepikan 
(Air rebusan tadi jangan buang dulu, utk dijadikan kuah, jika nak berkuah lah. Kalau tak mau, u can throw it away)

2) Dalam masa yang sama blendkan, Bawang Putih, Bawang merah, halia, cili merah dan cili padi. Kemudian, panaskan minyak masak, tumiskan semua yang blend tadi sehingga bau tumisan naik.

3) Kemudian, masukkan Sos Lada Hitam, Kicap Cair, Kicap Pekat dan serbuk Lada Hitam. Gaul hingga rata.

4) Masukkan ketam, garam, gula secukup rasa fan telur. Gaul hingga rata dan biarkan mereneh.

5)Well, ketam Masak Lada Hitam siap dihidang. Nyum nyum ;p





SELAMAT MENCUBA  >_<






Thursday, August 18, 2011

My 1st Biscuit For Raya (^_*)V

Posted by Unknown at 11:00 PM 2 comments

Petang semalam, saya start agak lewat la buat Biskut Sarang Semut nih. Ye la, saya kemas dapur then baru buleh nak Biskut.

Mula-mula buat adunan nye, 1st yang saya bakar tu, tak menjadi, OMG!! Ye la sekali sekala je buat biskut mana tak nye. Biskut tu macam tak jadi biskut sarang semut huhuhu.. kembang semacam mcm muffin versi kecik lak. huhu terlebih tepung jagung..

Saya tambah tepung gandum kat adunan yg seterusnya, baru biskut saya nampak ok lah. apa -apa pun.

Jom tgk gambar.. (Maaflah, presentation fail once more time huhu ;'(  )

*




*




*





 Hah, ginie lah yang sepatutnye rupanye..hehe





sedap (angkat bakul sendiri hihiks), and FYI yang menabur coklat rice tu, Papa..hihik hasil tgn orang lelaki.
Saya tanya Papa kenapa tabur banyak sangat Coklat Rice tu, buleh Papa jawab
" Kata Biskut Sarang Semut, jadik kena tabur byk la. Konon byk semut "

huhuhu Imaginasi sungguh husband i nie.



Anyway, ini resipinye ok,

BISKUT SARANG SEMUT

Bahan :
350 gm tepung gandum + 100 gm tepung jagung
1 buku mentega (250 gm)
100 gm gula castor (saya blend gula prai jdk halus hihiks)
1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanilla
chocolate rice utk tabur
sedikit hiasan - manik atau apa-apa sesukahati anda

Cara :
1. Ayak kedua jenis tepung.

1. Dalam mangkuk adunan, pukul mentega dan gula hingga kembang.

2. Masukkan kuning telur dan pukul sebentar. Masukkan esen vanila.

3. Dah rata, masukkan tepung dan gaulrata adunan.

 simple je kan. 




SELAMAT MENCUBE HIHIKS ;p









 

It's My Life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea