RinJes

Daisypath Anniversary tickers

Kamilia Nisrina Binti Nor Azrin

Lilypie Kids Birthday tickers

Kaisara Nasuha Binti Nor Azrin

Lilypie Fourth Birthday tickers

Khaleef Umar Bin Nor Azrin

Lilypie Third Birthday tickers

Khadijah Naazneen Binti Nor Azrin

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, March 10, 2011

Rabu dah??

Posted by Unknown at 12:00 AM 0 comments


Salam, hari nie dah rabu. Cepat je masa berlalu. Saya kena Attend meeting jap g pukul 9. 

Hope everthing will be fine. tak melalut dan melarat.. huhu

Kerja pun semakin bertambah. huhu Hari-hari gigih nak settle kerja but still byk jugak. ermmm
Anyway, harap hari ini lebih baik dari semalam.

Apa-apa pun saya harus kekal ceria untuk tak mood down. Kalau down musnah semuanye (edeh edeh)
oraite lah... buat kerja ok..


Wednesday, March 9, 2011

Ralat

Posted by Unknown at 6:10 PM 0 comments
Salam Semua

Hari nie tak de la busy sangat tetapi busy menunggu giliran. ermmm 

Saya tak tau la nak cakap apa, but sekarang macam-macam nak terjadi. Sekarang SYMP lah.

Saya sekarang menunggu keputusan dan arahan selanjutnya.
Jangan je bertukar pikiran sudah. Sat g lain arahannya, sat g lain pulak. Rasa cm nak bawak recorder untuk record semuanya. ermmmm

Apa-apa pun sabar je lah..nothing much to say. 

Beserah je la..huhu

Tuesday, March 8, 2011

Terima Kasih @ Thank You

Posted by Unknown at 5:42 PM 0 comments
Terima Kasih sayang atas hadiah yang diberikan
Walaupun kecil, tapi nilai nya amat besar dan amat bermakna buat saya.

For what i have done to you
You still love me as before

Thank You So much
I am glad I have You to be in My Life.

Thank You To Allah

Thank You My Love.

Mengingati Mati

Posted by Unknown at 4:00 AM 0 comments
I found and I want to share.


MENGINGATI MATI

Muslimin yang dirahmati Allah,
MARILAH kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dalam melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang yang mendapat rahmat Allah Subhanahu Wata'ala di dunia mahupun di akhirat.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah bersifat sementara yang tidak akan kekal selamanya. Setiap yang hidup pasti akan mati, begitu juga kehidupan kita ini pasti akan berakhir dengan kematian dan kita tidak akan dapat lari daripada-Nya. Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala di dalam Surah Al Jumu'ah ayat 8 tafsirnya :

"Katakanlah wahai Muhammad sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan".

Muslimin yang dirahmati Allah,

Apabila nyawa seseorang telah terpisah daripada jasadnya maka tinggallah segala apa yang dimilikinya, tiada anak isteri yang menemaninya lagi, tiada ibu bapa dan ahli keluarga yang mendampinginya lagi dan tiada harta benda untuk dinikmatinya lagi. Jasad yang terbujur kaku akan diurus dan dihantar ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Pada saat itu, terpisahlah ia ke alam lain iaitu alam kubur atau alam barzakh. Tiada apa yang dibawanya sebagai bekal kecuali ibadat dan amal jariah semasa hayatnya di dunia serta doa dari anak-anak yang soleh.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda telah bersabda : Apabila telah mati seseorang itu, akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakannya". (Riwayat Al-Imam Muslim)

Muslimin yang berbahagia,

Mengingati mati itu mempunyai banyak kelebihan dan hikmah, antaranya ialah menjadi peringatan kepada kita supaya tidak terus leka dengan keasyikan hidup di dunia ini. Dengan mengingati mati juga mendidik jiwa kita untuk menjadi orang yang sentiasa merendah diri, tidak lupa diri dan sombong bahkan juga menjadikan kita supaya bijak merancang kehidupan yang sementara ini dengan baik sebelum ajal tiba iaitu berusaha meningkatkan keimanan, ketaqwaan dan ketaatan kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan memperbanyakkan amal ibadat dan berbuat kebajikan serta akan sentiasa memelihara dirinya dari berbuat dosa dan maksiat.

Namun bagaimana pula halnya kepada orang yang tidak ingat kepada mati? Selalunya orang yang tidak ingat kepada mati akan mudah lalai dan leka dari mempersiapkan diri mereka untuk menghadap Allah Subhanahu Wata'ala sehingga ada di antara mereka tidak bersungguh-sungguh melaksanakan perintah Allah Subhanahu Wata'ala malahan ada pula yang berani melanggar perintah Allah Subhanahu Wata'ala dengan sengaja. Mereka menyangka bahawa masa itu masih panjang padahal sebenarnya amat singkat. Mereka menyangka masih sempat untuk bertaubat dan berbuat amal ibadat kemudian hari nanti, padahal belum tentu umurnya panjang. Sedarlah betapa orang yang tidak ingat kepada mati sentiasa berada di dalam kerugian yang amat sangat. Bertaubat dan beribadatlah dengan segera, jangan ditangguh-tangguh kerana kita tidak tahu bila ajal akan tiba, mungkin esok atau mungkin lusa, hanya Allah Subhanahu Wata'ala sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

Muslimin yang berbahagia,

Tidak dapat dinafikan ajal itu kadang-kadang datang secara tiba-tiba, tanpa ada tanda-tanda bahawa maut akan tiba. Kadangkala ia menimpa orang yang sihat dan cergas dan ada juga dari kalangan orang yang masih muda usianya. Walau bagaimanapun terdapat beberapa tanda-tanda untuk mengingatkan manusia dari lalai terhadap kehidupan di dunia ini dan juga sebagai amaran atau pemberitahuan bahawa ajal sudah dekat.

Dalam kitab At-Tazkirah, Al-Imam Al-Qortubi menyebutkan bahawa terdapat sebuah hadis yang menceritakan bahawa sebahagian nabi-nabi pernah bertanya kepada malaikat maut : Mengapa engkau tidak mengirim utusan supaya manusia takut kepada-Mu dan supaya mereka dapat bersiap-siap? Malaikat maut berkata: Ya, demi Allah! Aku mengirim beberapa tanda seperti penyakit, uban, umur tua, berkurangan pendengaran dan penglihatan. Oleh itu barangsiapa yang mendapati perkara-perkara itu dan dia tidak berusaha mengingati mati serta tidak pula bertaubat, maka ketika mencabut nyawanya, aku akan berkata kepadanya : Bukankah aku telah mengutus utusan demi utusan dan amaran demi amaran (berupa seperti penyakit, uban, umur tua, kurang pendengaran dan penglihatan dan sebagainya) kepada kamu? Dan adapun aku ini (malaikat maut) adalah utusan yang tidak ada utusan lain lagi selepas aku. Akulah juga pemberi amaran yang tidak ada pemberi amaran lain lagi selepas aku.

Setiap hari yang padanya terbit dan terbenam matahari, malaikat maut berteriak : Wahai orang-orang yang berusia empat puluh tahun, inilah waktunya menyiapkan bekal, selagi ingatan kamu masih terang dan tenaga kamu masih kuat. Wahai orang-orang yang sudah berumur lima puluh tahun, sudah dekat masa mengutip hasil dan menyabit! Wahai orang-orang yang sudah berumur enam puluh tahun, kamu lupa akan seksa dan lalai daripada memberikan jawapan, nanti tidak ada yang akan menolong kamu!.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya agama Islam menggalakkan umat-Nya sentiasa mengingati mati supaya kesempatan hidup ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya kerana apabila ajal tiba, kita tidak akan berpeluang lagi untuk berbuat apa-apa kecuali penyesalan yang sudah tidak berguna lagi.

Memang tidak dinafikan bahawa manusia itu mudah lalai dan lupa jika tidak selalu diperingatkan, oleh itu sama-samalah kita saling mengingati bagi memanfaatkan peluang yang ada untuk beramal ibadat dan berbuat kebajikan. Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga kita mendapat hasanul khatimah iaitu mati dalam keadaan yang baik dan semoga kehidupan kita di alam barzakh dan di akhirat nanti akan mendapat keampunan dan keredaan serta rahmat daripada Allah Subhanahu Wata'ala juga. Amin Ya Rabbal'alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran ayat 14 tafsirnya :

"Dihiaskan dan dijadikan indah kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak berpikul-pikul dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan ingatlah pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya iaitu syurga".

Keletihan!!

Posted by Unknown at 2:00 AM 0 comments

Assalamualaikum,

Selamat hari Isnin semua. Tiada apa yang menarik just nak share aktiviti yang telah berjalan dengan lancarnya last week.

My Ofice telah menganjurkan Pertandingan menembak antara Jabatan dan Ujian kemahiran Menembak for my Ofice. 

On 25.03.2011, saya telah dilantik menjadi AJK handle Pengiraan markah. FYI, saya bab kira mengira memang failed. Kalau beli barang share pun, kalau kakak-kakakku ask me to count. I lost count already haha.. sebab saya memang lembap bab kira mengira. By the Way, berbalik kepada cerita Program ini. saya nak kata apa kan. So, saya SYMP dan menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada saya.

First day (02.03.2011, Rabu), Seawal 730pagi saya telah berada di Lapangan Sasar PGA Ulu Kinta.

Pada hari tersebut, hanya para pegawai dan kakitangan sahaja yang hadir sesi ini. Tetapi ramai yang tiada kerana tugas luar. Pegawai dari Bahagian Keselamatan ada 3 orang. Dulu saya pernah kerja dibawah Tuan ini. Jadi kita berjumpa lagi.

Yang lagi gugup is I am the first Detail. huhu dah la tak terror, tetapi disebabkan saya handle pengiraan markah so, kami didahulu. huhu

Pertamanya kami menggunakan revolver.38. DuLu semasa di Pusat Latihan, saya memang failed ujian ini.. Saya masih ingat markah saya, 25 sahaja..huhu sebab first time guna. 

Takut beb.

Thanks to Mr Google


Hah nie la gambarnye.. saya tak pandai tenang. Sekarang, saya dh makin improve. Tak takut sangat. (bagi semangat kat diri sendiri huhu) Settle je 20butir next Glock 26mm pula.

 Thanks Mr Google

Nie la rupanye. Saya pun tak menyangka, dalam penggunaan Glock pun saya sudah improve. Yes.. Hope next year pun makin meningkat la ye. 

Nak dijadikan cerita, masa first day nie. Kami pun ada buat tembak piring. Best juga. Walaupun kena berlarii then rekod masa. Tapi saya berasa puas hati sebab saya sudah pandai menenang. FYI, saya berjaya tembak 3 piring.. hehe.. mananye saya sudah pandai tenang.. hehe


Ok, the Second day pula (03.03.2011). Juga seawal 7pagi sudah bertolak ke Lapangan Sasar PGA Ulu Kinta. Hari Ini Pertandingan antara Jabatan.
saya tak kira markah but saya key in markah dalam bentuk Excel dan sorting mengikut markah tertinggi. Senangkan kerja saya.. tapi jenuh juga lah. Click sana, click sana. Yang best dan syoknye walaupun AJK tak ramai, but kerjasama antara kami yang saya memang tabik spring la.

Masing-masing bantu-membantu dan bertungkus lumus menjayakan Program ini. Alhamdulillah, Program ini telah dilaksanakan dengan Sucess.








Isnin Blues

Posted by Unknown at 12:00 AM 0 comments


Salam dan Selamat Hari Isnin,

Alhamdulillah saya masih berada di dunia ini.
Hari ini saya buka kedai. Harap-harap tiada la yang datang. 
Bukan apa, saya tengah gigih nak settle kan kerja saya yang ditinggalkan last two week.
Al Maklumlah. Siapa lah nak gantikan kerja saya. Saya faham dan saya mengerti. :)

Baiklah, diharap hari ini baik-baik saja.

Saturday, March 5, 2011

Block!!

Posted by Unknown at 9:56 PM 0 comments

Assalamualaikum semuanya.
Last two week, dalam keadaan yang sungguh busy. Rupa-rupanya, my Ofice telah Block semuanya.

Thank You Mr Google.

My ofismate semuanya mengeluh menyatakan facebook telah diblock. Hermmm Naseb baik saya tidak lagi menggunakan Facebook jadi tak de la terasa sangat. 
Cuma yang membuatkan saya mati kutu is blog pun diaorang block... ermmm

Tidak dapat la hendak mengupdated blog diwaktu pejabat. Tapi tak mengapa, still can read blog kawan-kawan lain cuma tak dapat hendak view gambar je la & tak boleh nak comment le..

Ini pun saya gigih tulis apa yang hendak ditulis dalam blog dalam Microsoft word then copy & Paste sahaja.


 

It's My Life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea